Maklumat untuk Pemohon Suaka dan Orang Pelarian


















Laman ini mengandungi maklumat asas untuk pengetahuan pemohon suaka dan orang pelarian di Malaysia.

Jika anda tidak pasti tentang proses di UNHCR, atau tentang bantuan-bantuan yang diberi oleh UNHCR, laman web ini mungkin boleh membantu anda semasa anda berada di Malaysia.

Muat turun maklumat ini dalam bahasa lain (PDF):
::Bahasa Burma     ::Bahasa Tamil     ::Bahasa Arab     ::Bahasa Malaysia    
::Bahasa Farsi       ::Bahasa Somalia  ::Bahasa Inggeris

RETURN TO
ENGLISH VERSION


Peranan UNHCR

Pejabat United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) merupakan agensi pelarian United Nations yang telah ditubuhkan pada tahun 1951 untuk perlindungan antarabangsa dan penyelesaian kepada pelarian. UNHCR beroperasi untuk melindungi hak pelarian, menggalakkan kesejahteraan mereka dan membantu dalam penyelesaian jangka lama.

  Siapakah yang merupakan orang pelarian?

Merujuk kepada Konvensyen Geneva 1951 berkaitan dengan Status Pelarian, seseorang pelarian merupakan seorang yang berada di luar negara asalnya, mempunyai perasaan takut yang berasas atasi sebabsebab bangsa, agama, kewarganegaraan, pandangan politik atau keahlian dalam sesuatu kumpulan social, dan disebabkan perasaan takut tersebut, mereka tidak dapat atau tidak sanggup mendapatkan perlindungan negara itu.

Sila ambil perhatian jikalau terdapat sebab untuk mempertimbangkan bahawa pemohon bertanggungjawab untuk sebarang jenayah serius pelarian tersebut boleh dikecualikan daripada status pelarian.

Bagaimana saya boleh berdaftar dengan UNHCR?

Anda boleh mempelajari lebih lanjut di sini tentang proses Pendaftaran di UNHCR.

  Penentuan Status Pelarian (RSD)

Belajar lebih lanjut tentang proses Penentuan Status Pelarian yang dijalankan oleh UNHCR.

Penahanan

Baca lebih lanjut di sini tentang apa yang perlu dilakukan jika anda atau seseorang yang anda tahu ditangkap atau ditahan oleh pihak berkuasa  Malaysia.

  Perkhidmatan untuk pemohon suaka dan pelarian

Baca lebih lanjut di sini tentang bantuan perubatan dan kewangan bagi orang pelarian yang diiktirafkan.

Penyelesaian Jangka Lama

UNHCR mengiktiraf tiga penyelesaian jangka lama untuk pelarian: pulang secara sukarela, integrasi tempatan, dan penempatan semula. Belajar lebih lanjut sini.

  "Project Self HELP" untuk pelarian remaja

Pelarian remaja boleh memohon kursus-kursus jangka pendek di Universiti HELP. Baca lebih lanjut di sini.


    Maklumat lain

    :: Apabila anda tulis, menelefon atau datang ke UNHCR untuk apa jua alasan berkaitan dengan kes anda, sila membuat rujukan pada nombor fail anda.

    :: Tolong jangan berkongsi nombor fail anda dengan pihak ketiga.

    :: Pengaduan mengenai penganiayaan, gangguan, penderaan atau salah laku yang lain. Sila hantarkan pengaduan bertulis anda ke dalam Peti Pengaduan di kawasan penerimaan pejabat UNHCR atau e-mel ke mlslu@unhcr.org

    :: Aduan anda akan dilayan secara sensitif dan sulit. Sila ambil perhatian bahawa UNHCR tidak akan mempertimbangkan pengaduan tanpa nama.

    :: Segala perkhidmatan UNHCR adalah percuma. Sila buat laporan jika sesiapa minta wang , pertolongan atau nikmat lain daripada anda untuk mendapatkan manfaat daripada perkhidmatan UNHCR melalui Peti Pengaduan atau e-mel ke mlslu@unhcr.org



    Hubungi UNHCR


    Representative
    United Nations High Commissioner of Refugees (UNHCR)
    570, Jalan Bukit Petaling
    P.O. Box 10185,
    50706 Kuala Lumpur

    Telefon: +603 2118 4800
    Faks: +603 2141 1780
    E-mel: mlslu@unhcr.org
    Laman web: http://www.unhcr.org.my 




    © UNHCR 2001 - 2011